Kelas Penyelenggaraan Komputer
27 Mei 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 26 Mei 2018 yang lalu, Pusat Internet Engkilili telah mengadakan kelas penyelenggaraan komputer. Kelas ini dihadiri 2 orang pelajar lepasan SPM dan seorang pelajar Tingkatan 6.
Kelas ini diadakan bertujuan untuk untuk memperkenalkan peserta tentang bahagian-bahagian komputer dan kompenan serta fungsinya. Di samping itu, kelas ini mengajar peserta dalam penjagaan perkakasan komputer. Kelas seperti ini dapat membantu peserta dalam aspek penjagaan komputer dan perisian di dalam komputer supaya komputer mereka lebih tahan lama.
Kelas ini berlangsung selama sejam bermula dari pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 9.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: